Pernah Tak Anda Terfikir??


Ok.. post kali ni bukan lah nak menyebelahkan mana-mana pihak atau tujuan nak menghuru harakan keadaan tetapi sekadar soalan yang terlintas difikiran.

Masa aku tengah duduk dalam train nak balik dari kerja, aku terdengarlah perbualan telefon seorang perempuan Indon dengan anak dia. (Bukan nak menyibuk tapi dah terdengar).. Kecoh sangat bunyinya. Setelah terdengar perbualan tu baru lah aku paham kenapa.

Kisah nya macam ni. Dia tepon anak dia yang ada dekat Indonesia nak tanya kabar mereka. Lepastu yang anaknya yang jawab talifon ni bagi tau yang adiknya sakit. Lepas tu ditanyalah maknya ni tadi macam mana dia boleh sakit. So anak dia ni cerita. Kalau tak salah aku puncanya dari sekolah... aku pon tak pasti sebab bukan dengar apa yang anak dia cerita.

Tapi yang buat aku berfikir panjang ni bila perempuan Indon tadi cakap dengan anak dia...

" Aku mintak tolong jagakan adik ko tu pon tak boleh ku harapkan ko. Susah hati aku ni... Pening.. Aku dekat sini nak mencari uwang buat kamu sama adik tapi susah hati aku..."

Timbul lah pelbagai persoalan dalam benak fikiran aku ni. Tapi bukan untuk orang indon sahaja tapi semualah..

Ibu bapa kadang-kadang sanggup pergi jauh tinggalkan anak-anak untuk mencari rezeki buat mereka. Tetapi pernah ka kita terfikir yang mereka ini dalam kesusahan, keresahan, dan keberatan untuk meninggalkan anak-anak mereka untuk bekerja di tempat yang jauh.

Rasa sayu hati aku bila memikirkannya. Bukan apa dekat tempat aku pun ada Pekerja Indon. So dia pon cerita tentang keluarganya. Dia ni pula tak da permitkan so macam susah lah nak kerja. Tapi memikirkan hal anak-anak nya dia sanggup mempertaruhkan hidupnya untuk tidak ditangkap imigresen daripada mengeluarkan wang terlebih dahulu untuk membuat permit kerja yang sah. Mereka sanggup hidup susah lari sana dan lari sini untuk mendapatkan wang buat anak-anak.

Tapi bagi mereka ni, memanglah kesian tetapi jika difikirkan balik mana berkatnya duit yang dicari mereka sekiranya bekerja tidak melalui cara yang betul. Menggunakan visa pelawat untuk bekerja. Tambahan pula disebabkan mereka datang untuk mencari duit mereka akan rajin bekerja tetapi kebanyakkannya melakukan kerja dengan tidak senonoh. Asalkan mereka dapat buat dengan cepat. Lebih-lebih lagi mereka yang mendapat gaji mengikut berapa banyak kerja yang dapat dibuat. Hasilnya kita yang kesian ni pon jadi marah sebab hasil kerja yang tak bermutu.

Tapi bagi majikan pula sekiranya ditanya kenapa upah pekerja asing.. Kebiasaannya alasannya ialah orang Melayu/ bebudak Melayu ni diman tinggi. So lebih senang upah pekerja asing yang takda permit ni. Sebab diorang bukan dapat laporkan kepada sesiapapun.

Tapi pokok pangkalnya terletak pada hati masing-masing. Jujur, Ikhlas, Amanah, semuanya bergantung kepada individu itu sendiri. Tak perlu tuding jari kepada sesiapa. Rambut sama hitam/perang/putih tapi hati lain-lain.

0 Response to Pernah Tak Anda Terfikir??