APA NAK JADI NI...


Dah lama tak update blog ni... maklumlah busy dengan kerja. Tapi tu lah sebut pasal kerja ni.... emmm aku mcm ada blur sikit dengan owner kedai yang aku kerja ni...

Aku ni memang tak berapa nak kisah kalau disuruh buat apa-apa kerja pon. Sebab aku nak cari pengalaman. Tapi tu lah... kerja aku bukan setakat menjahit ja tapi mengukur orang dan menjaga kedai pon salah satu daripadanya. Tapi yang aku heran ni.. aku punyalah kerja sampai kepenatan, boleh boss aku cakap kalau takda orang jaga kedai ni dia nak bagi kat kwn dia... Pergh.. punyalah aku menyirap dengar.

Bukan apa.. dia memang tak jaga kat kedai yang aku kerja ni sebab dia ada lagi satu cawangan. Yang tu tempat untuk orang belajar jahit. So aku kiranya ditugas jaga kedai... Ramai gak orang tempah kat situ... tapi problemnya boss aku suka delay potong kain. Semenjak dia join MLM dia nye keja pon dah tak tentu. Kejap suruh aku jaga kedai.. kejap suruh aku mengajar. Mana satu yang dia nak??

Since harini dia tak datang kedai sebab dia baru dalam perjalanan balik dari kuala lipis. tapi still ada baju yang nak dalam tempoh 2-3 hari... tapi diawat don't know jer...

so untuk menyelesaikan masalah... aku pi potng baju yang senang-senang.....

0 Response to APA NAK JADI NI...