NEW ERA


Lama tak update nih. Lepas berhenti kerja dekat Zieza Fashion Sdn.Bhd i balik Melaka. Nak start menjahit sendiri lah. Seronok jugak dapat kerja dekat rumah je. Takyah bangun awal-awal pastu kene bersiap pergi kerja. Kat rumah ni i ada bilik khas untuk i jahit yang lengkap lah semua. My work place @ tempat tido gak. Haha.

Then one day I pergi KL nak tolong kawan i yang still belajar dekat TAR Kolej untuk tolong dia siapkan baju untuk diorang punya Fashion Show. So pergi lah kolej. Then jumpa lah lecturer2 tercinta. Hehe. I tak tau macam mana ok lah dengan lecturer lelaki sorang ni name dia Mr. Jamal. Dia tanye i nak kerja tak. Kerja sebagai Uniform designer. Emmm... I tak berapa minat design uniform nih. Ada lagi satu dia bagi tau Noor Arfa Batik. I pon teragak-agak arr nak bagi jawapan. Then i told what he said to my mom. Mak i pon dengan xcited cakap elok jugak kalau dapat Arfa Batik tu. First step for me lah kan nak dapat pengalaman. I pon tanpa melengahkan masa lagi menelefon Mr. Jamal.

The next day dia suruh emailkan resume kat sorang kawan dia ni dekat HQ Arfa Batik kat KL. Lame gak lah i tunggu dekat 2 minggu lebih jugak akhirnya........

Pada 4 / 5 / 2010 i dapat satu panggilan tepon suruh i datang interview. Pergh punyalah Happy. Tapi still controll lagi lah sebab baru interview. Nanti kalau tak dapat kecewa.So just go with the flow. Gementar jugaklah nak pergi interview. haha.

During interview:

Diorang tanya tentang kerja i yang lepas. Pastu ape i buat sekarang. Diorang suruh likis ni... lukis tu... tapi kantoi bila disuruh lukis bunga... haha.. i ni selalu lukis baju... mane lah lukis bunga-bunga nih... Tapi salah i gak dah tau nak apply untuk kerja kat batik house tak reti-reti nak praktis lukis bunga. Apalah aku nih. So aku ingat takdak harapan lah walau pun dalam hati nih masih mengharap.

Selang 2 hari iaitu pada 6/5/2010 dapat panggilan tepon yang suruh melapor diri pada hari isnin nya. Punya lah Happy walau pun bercampur aduk dengan rasa gementar untuk bekerja. Takut gak nih. I think i can say I'm gonna work at MELAKA BATIK HOUSE.

Ya ALLAH perkuatkanlah aku ini untuk menempuh segala dugaan yang akan aku hadapi sewaktu aku akan bekerja disana... Amin