ZOO NEGARA


Hari tu i nak masukkan kan gambar tak berkesempatan. Terlmapau busy. Ni pon sedikit sahaja gambar. Tapi memang best lah.


















My Design


Haritu kawan2 i cakap ruginya i buat and design baju tapi tak ambil gambar. Rugi sangat-sangat. So nanti i nak upload design2 yang yang i dah buat baju nya.. Tapi ni yang baru arr.. Yang lama orang dah ambil so tak dak arr dapat nak ambik gambar lagi.. Tunggu arr.. nanti i upload.. cuma sekarang ni tengah busy.. lagi pon baru balik ke melaka so dummy pon still kat kl tak bawa balik. Nanti dah ada semua i ambik gambar then upload.

Nak tunggu satu lagi event nih... Fashion show kawan i. I tolong dia jahitkan ketiga-tiga baju daripada design dia. So nanti i upload jugak.. Ish banyak nak upload ni.. Tapi i saja ja tulis dulu supaya i takut lupa nanti. Nantikan lah ye..

ORKESTRA KEBUDAYAAN





Macam yang dah cakap dalam post sebelum ni, i tengah busy dengan praktis untuk persembahan orkestra kebudayaan pada 2/4/2010 di Taman Budaya Ayer Keroh Melaka. Siapa yang nak datang tu boleh lah tengok ye.
(rehersal orkestra tahun 2007)




I ni bukan nye apa, cuma teringat pada suatu ketika dulu di tahun 2007. Persembahan orkestra pertama yang dilakukan. Seronok sangat sampai tak sabar-sabar nak tunggu show yang seterusnya. Lama jugak lah tunggu. Tahun ni baru ada semula.




(persembahan pada tahun 2007)


Tapi tahun ni ramai bebudak baru arr.. Yang lama tu dah ramai yang busy. So cuma beberapa orang sahaja yang dulunya pernah join, ikut turut semula untuk show ni.



Untuk mereka yang tak tau, i ni main violin. I start dari tingkatan 1 lagi. Bila i naik tingkatan 4 i tukar sekolah kat Teknik Muar, Johor, i dah tak join ISMMA ni lagi. Tapi i still continue kat sana main violin. Then lepas Habis form 5, i kerja part time kat ISMMA as a violin trainer lah. tapi cuma 3 bulan je. Tapi seronok gak. Walaupun 3 bulan, i dapat perform kat banyak tempat. Dapat gak pi Indonesia. Pastu i sambung belajar kat Kolej Tunku Abdul Rahman (TARC) i join orkestra diorang lak. Dah habis study ni, join semula ISMMA.




Tak sabar ni nak perform. Lagu kebanyakkan sama tapi arrangement kali ni best arr.. sebab more energy. Selalunya more to traditional style tapi kali ni ada mix contemp dengan tradisi. Seronok arr nak main. Yang dengar pon akan suka.
Performance kali ni diorang tambah alatan woodwind. Supaya lebih kick lagi. Apa yang i boleh cakap almost 90% yang perform ni adalah remaja. Dari 12 tahun hingga 25 tahun. Tapi adalah gandingan orang lama dan orang baru. Bak kata pepatah, TAKDA YANG LAMA TAKDA YANG BARU.
So kalau adalah sesiapa yang rasa nak tengok show ni boleh lah email kat i. Nanti i arrange kan tiket atau jemputannya.

BUSY MONTH


Waktu tengah takda kerja nak buat, gatal nak cari kerja. Sekarang ni padan muka aku dah bertimbun-timbun kerja.

Firstly: Latihan dekat Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA) untuk persembahan orkestra kebudayaan di Taman Budaya Ayer Keroh Melaka. Anyway seronok sangat dapat join semula setelah 4 tahun dok kat kl. (lebih kurang arr). Aku akan cerita lagi di lain post tentang ni.

Secondly: Turun naik KL nak tolong kawan untuk readykan baju untuk dia punya final year projek. Macam aku dulu kene buat fashion show. So banyak masa digunakan untuk turun naik KL. Penat gak arr tapi seronok.

3rdly: Nak kene jahit baju yang dah ditempah orang.. Haha punya lah bertindih. Semua kene beri sepenuh perhatian..

Nak buat mcm mana sendiri nak.. hehe