APA NAK JADI NI...


Dah lama tak update blog ni... maklumlah busy dengan kerja. Tapi tu lah sebut pasal kerja ni.... emmm aku mcm ada blur sikit dengan owner kedai yang aku kerja ni...

Aku ni memang tak berapa nak kisah kalau disuruh buat apa-apa kerja pon. Sebab aku nak cari pengalaman. Tapi tu lah... kerja aku bukan setakat menjahit ja tapi mengukur orang dan menjaga kedai pon salah satu daripadanya. Tapi yang aku heran ni.. aku punyalah kerja sampai kepenatan, boleh boss aku cakap kalau takda orang jaga kedai ni dia nak bagi kat kwn dia... Pergh.. punyalah aku menyirap dengar.

Bukan apa.. dia memang tak jaga kat kedai yang aku kerja ni sebab dia ada lagi satu cawangan. Yang tu tempat untuk orang belajar jahit. So aku kiranya ditugas jaga kedai... Ramai gak orang tempah kat situ... tapi problemnya boss aku suka delay potong kain. Semenjak dia join MLM dia nye keja pon dah tak tentu. Kejap suruh aku jaga kedai.. kejap suruh aku mengajar. Mana satu yang dia nak??

Since harini dia tak datang kedai sebab dia baru dalam perjalanan balik dari kuala lipis. tapi still ada baju yang nak dalam tempoh 2-3 hari... tapi diawat don't know jer...

so untuk menyelesaikan masalah... aku pi potng baju yang senang-senang.....

TARC or UITM


Emmm... which one is better. Thinking of continuing my study but don't know which one to choose. If UITM i need to take MUET and i need to study for the exam. But if TARC i can just go and study. But which one better? Degree or Advance Diploma? If i go fo TARC i still can get my degree but i need to go overseas. And for that i don't think i'm gonna get my degree at all. Aiyo.... i'm in dilema.........

NOT REALLY GOOD DAY I GUESS...


Hari ni macam biasalah aku pergi kerja. Tapi bezanya aku harini macam tak semangat je. Tak tau lah kenapa. Ape yang aku buat semua rasa malas. Nak menjahit pun asyik salah jer. Banyak kali kene bukak semula jahitan tu. Aku sungguh tak serius hari ni. Banyak benda yang berlaku yang aku tak dapat nak tulis dalam ni.

Tak banyak yang berlaku hari ni. Keletihan dah mula melanda di jiwa ni. Terasa sangat macam tak nak menjahit dah. Haha.. Of kos aku suka menjahi tapi maksud aku ialah menjahit baju yang aku design. Bukannya baju yang biasa ni.. contohnya macam baju kurung. Bukan nya nak demand sangat kan tapi harini perasaan tu terlintas kat diri aku ni. Macam mane pon aku tau kene start dari bawah dulu kan. Pastu cari lah jalan nak naik kan. Haha

Tapi tadi time nak balik ada lah kelakar sikit. Aku naik KTM dari stesen Bank Negara ke Sentul dulu Kemudian die patah balik pi Batu Tiga. Bukan apa la... sebab alas nak berdiri je.. haha. Time nak pi sentul ni depan aku ada sorang budak pompan ni. Baru habis SPM katenyelah. Aku tengok die ni lain macam je. Tengok ke luar tinggkap macam gelisah je. Lepastu ada pengumuman dah nak sampai stesen sentul. Time tu lah die dah cuak gile. Bila dah berenti die tanya aku kenapa train ni tak lalu segambut? Hahaha.. rupanya salah train da. Die punyalah frust.... Dah lahh baru sampai dari melaka. Salah train lak tu... Penat sangat kot sampai salah train. Tapi lepas tu die naik train betul lah.

Hopefully somthing great will happen to me tomorrow. I really need it.

RAHSIA BANTAL


Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan...

1. Memeluk Bantal

Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, musik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2. Menggunakan Banyak Bantal

Mereka biasanya kurang berkeyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya menndapatkan pandangan orang lain.

3. Tidur Dengan Satu Bantal

Mereka jenis boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keptusan berdasarkan fikiran dan bukan nya nafsu.

4. Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki

Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dengan orang ramai, malah kaku dalam pergaulan. Inik menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuuh jalan pinntas untuk mencapai cita-cita. Mereka tidak suka berusaha.

5. Tidur Tanpa Bantal

Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

6. Tidak Punya Bantal

Kesihan betul..... pergi kedai belilah satu.

MANIK-MANIK KU


Hari ni aku tak kerje tapi pergi belajar jahit manik. Dengar macam remeh kan? tapi punyalah leceh nak jahit manik ni. Baru belajar memang lambat tapi lama-lama 1 hari 3-4 pasang baju boleh siap dijahit manik. Kat tempat kerja aku ni, kitorang bagi orang lain jahit manik. Name brother ni Salim dari pakistan tapi dah 15 tahun kat Malaysia. Punyalah cantik die jahit manik. Aku pown emmmm... envy lah ape lagi. So hari tu bos aku suruh aku belajar jahit manik. Senang katanya bila dah ada semua skill. ALANG-ALANG MENYELUK PERKASAM BIARLAH KE PANGKAL LENGAN. Haha... seronok tul dapat peluang nih...

So hari ni aku dapat belajar banyak skill untuk jahit manik. Ada orang kata beli je buku panduan jahit manik, tak yah nak susah-susah pi belaja. Sendiri pon boleh belaja. Memang betul boleh tapi dalam buku tak tunjuk cara paling mudah nak jahit manik. Kadang-kadang tu langsung tak paham ape arahan nya. Yang aja pon sama baya ngan aku. Dia ni anak bos aku.... Baik orang nya. Boleh kata sekepala ngan aku.

Semalam die bawak aku pi kedai yang jual manik berkualiti. Memang bagus tempat tu. Manik pon murah. Kualiti pon elok. Manik ni nak tau elok kualiti ke tak check manik tu dibuat dekat mane. Kalau made in china potongan manik tu tak sama panjang. Tapi kalau made in Japan memang pasti good kualiti. Don't ask me why sebab aku pon tak pasti kenapa. Tapi benda ni betul. Pastu berborak lah dengan tuan punya kedai tu. Rupa-rupanya dia ni designer. Dulu die kerja dengan Bill kith. Die ambik upah jahit manik je untuk baju kurung RM200 ++ sepasang. Amacam? ada untung tak jahit manik ni??? haha. Kalau nak ikutkan aku dah suka lak jahit manik daripada menjahit... haha... bukan apa, risikonya kureng. Kalau menjahit nak kene potong kain, pastu kalau salah potong puas lak nak cari jalan betulkan. Tapi kalau manik. Duduk je kat mane-mane boleh buat. Kalau salah senang je nak bukak. Manik tak rosak, baju pon tak dak pape.

Emm.... esok dah kene start keje semula. Belum pape bos dah suruh datang esok pagi siapkan baju yang ada kat meja butik tu. Kepenatan gile. Tapi waktu kerja tak terasa penat. Cuma bila dalam train nak balik kepenatan nya tak terkata. Anyway, impian ku akan aku kecapi. GENGAM BARA API BIAR SAMPAI JADI ARANG. Ceh... semangat nih...

Mula Hidup Baru


Sekarang ni semua yang lepas dah jadi sejarah. YANG BAIK DIJADIKAN TELADAN, YANG BURUK DIJADIKAN SEMPADAN. Banyak perkara yang berlaku kat aku secara tak sedar. Kadang-kadang ada perkara yang aku buat tak aku sedari dan ada yang aku buat menyakitkan hati. Tapi nak jaga hati orang disekeliling amat penting buat aku. Sebab aku ni kadang-kadang kalau sakit hati ngan orang lain aku ni suka cakap bermadah-madah. Sampai kekadang orang pown tak sedar yang sebenarnya aku menyindir die.

Tapi yang paling aku terasa tu bila orang tak hargai bila aku dah tolong atau bantu. Aku bukan mintak dibalas ke bantuan tu, cuma sekadar di hargai tu cukup lah. Tak mati kot menghargai orang kan. Sendiri ingat lah kan. Bila benda sama berlaku kat batang hidung sendiri bukan main lagi melenting tapi kat orang lain taknak lak hargai kan. Ish pelik tul. Selfish sungguh kan. Bak kat pepatah HABIS MADU SERPAH DIBUANG.

Tapi thanks lah yang masih hargai aku kan. Bukan semua tapi sebilangan jer yang membuat aku berkecil hati. Huhu.. Terutama yang aku anggap kawan baik tapi menghampakan... ish ish...

Dulu rasa give up giler tapi sekarang ni Alhamdulillah rezeki yang diberikan oleh Allah. Aku dah mulakan perjalanan hidup yang baru. Maksud aku sekarang ni dah mula berkerja lah. Aku nak tumpukan betul-betul kat bidang yang aku dah study selama dua tahun nih... apa lagi Fashion Design lah... Aku taknak lah tukar-tukar bidang lak kan, nanti YANG KEJAR TAK DAPAT, YANG DIKENDONG BERCICIRAN. Aku dapat kerja ni pown dengan tak sengaja.. Haha...

Sebenarnya aku belajar menjahit je kat tempat ni, tapi ada satu hari ni aku dok cerita ngan Puan yang dok ajar aku ni, terkeluar kat mulut aku ni cakap ingat nak cari kerja. Hah... sekelip mata jer die kate huh... bagus lah tu.. kita sekarang ni nak cari pekerja sebab ada sorang budak ni nak berhenti. So terus die offer aku kerja... Haha... senang kan?? Memang senang dapat, tapi lepas tu baru aku tahu tanggungjawab nye besau lah pulak. Aku bukan menjahit je tapi kene urus butik tu dengan sorang budak pompan ni. Aku panggil die ida. So kalau aku tak tau apa-apa aku tanya arr kat die. Rupanya Puan tadi tu dah plan kalau aku dah ok kat butik tu, Ida ni akan uruskan butik lain so aku lak yang kene uruskan butik tu. Takut gak aku dengar. haha... Tapi Alhamdulillah kalau aku dah diberi peluang aku akan buat baik-baik.

Aku kerja baru seminggu tapi banyak aku dapat belajar dan ramai orang aku dapat berkenalan. Daripada student yang buat practikal sampailah ke designer aku dapat kenal. Maybe tempat aku kerja tu tak lah nampak vouge sangat kan sebab die nya target bukan kat golongan yang banyak duit. TETAPI.... still menyeronokan. Aku dan beberapa kekawan baru aku yang kerja kat butik nih akan diberi peluang untuk design Busana Muslimah bagi pengantin, evening dress dan apa-apa baju yang sesuailah. Buat masa ni semua ok. Cuma yang menyeramkan bila customer ambik baju... Haha... mane taknya bayang kan kalau diorang datang nak ambik baju yang diorang dah tempah, tetiba baju tu bukan macam yang die nak puas nak menjawab, menjahit semula.. paling teruk kene ganti arrr... baru seminggu kerja pown dah dapat tengok customer datang marah-marah... sampai Partner aku Ida nak nangis dah kegeraman... kalau nak ikutkan hati die.. mau je di maki balik tapi ape nak buat CUSTOMER ALWAYS RIGHT.... hampeh tul... haha....

Anyway... seronok kerja kat situ sebab Bos pown sporting... bayangkan tengah dok jahit baju nih... Bos datang die duduk pastu dengan nada berbisik-bisik, die panggil kitorang datang... pastu die kata....

" mai lah sini, letak dulu baju tu karang sambung lah... jom lah kita mengumpat orang..."

hahaha.. sporting gilerkan bos aku... bila dah sampai dateline..Baru kelam kabut nak siapkan baju.. Tapi bila tgh mood tak elok sangat... garang tul... huhu.. Tapi mostly macam nak pecah perut dibuatnya... Bos sendiri kekadang ketawa sampai die kata....

"rasa macam nak terkencing la.... kelakar betul... karang kalau i terkencing baju customer banyak.. nanti i pinjam pakai... sogo dekat jer... i terus gi shoping.. " haha... sporting giler kan... tu yang seronok tu...

Tapi keletihan tak terhingga... bukan letih kerja tapi letih sebab perjalanan nak p dan balik kerja. Dari rumah naik moto pi KTM. Pastu menunggu KTM yang tak tetap masa. Kekadang tunggu sejam baru ada KTM. Pastu dah naik nak tunggu sampai kat stesen bank negara lagi. Kalau ramai orang kene lah aku berdiri selama 45 minit. Dah sampai kene jalan melintasi jambatan yang agak manyushkan pastu melintasi jalan-jalan yang busy baru sampai. Balik pown sama. Keluar rumah kol 7 pagi... habis kerja pukul 7 tapi sampai rumah kol 9. Pastu makan dinner mata dah ngantuk tido... begitulah seterusnya... kejutan masa aku... haha.... tapi Alhamdulillah aku bershukur dapat cari kerja ngan rezeki yang halal.

Giving Up.........


Wow... i don't know why suddenly i'm thingking of giving up everything i do. Sounds like i'm weak huh? I'm always positive thinking, i'm always look foward, and i always belive in my self. But... i don't know why but all of that spirit gone slowly.

Now i'm thinking what should actually i do in my life? I'm always pleased people, make people happy, help people when they need help... i do everyting for other people. I do love to make people happy and help them. But this word keep playing in my mind,

"Azhar... you too soft.. too kind to other people.. you keep helping people although you your self are not happy... people are and always step on your head and use you for their on good.."

Those word was from my lecturer during my last day at Stamford College. Everything mix up in my mind. Well like what my lecturer said... i do have lots of friend but i don't really have real friend. Actually i'm so confius until i don't know what is the truth and what is not. What is lie and what is not. I know people don't really care about me because i'm just a person that good in listening to the problem but not to enjoy with. What my lecturer said are all true.

I'm so confius until i don't really know what to do. I put a side the thing that i love to do. I'm not being my self. I keep thinking what i do for others are all useless. I'm not good person. I don't know what to do. I wrote this on my blog because i have nobody to tell all of this. Keep listening to others but end up i don't know to whom should i talk to. I don't want to troubling other people with my problem but.... i stuck within my self.... and this word just come across my mind.... GIVE UP!!