New Me


Dah lama betul tak berblogging ni. Sekarang ni nak sambung balik perjalanan hidupku.. Hehe.. Dah kerja dekat Melaka Batik House almost 5 month.. banyak yang aku lalui. Bukan Dari segi kerja sahaja malah kehidupan aku. Huhu..

Ok now.. dari segi kerja.. pengalaman semakin bertambah, ilmu bertambah, boleh dikatakan segala-galanya bertambah.

Sebagai seorang yang dipertanggungjawabkan untuk mereka fashion pakaian untuk sesebuah company bukan tugas yang mudah. Tapi disebabkan tunjuk ajar semua yang ada, dapatlah juga belajar perkara yang aku tak tahu sebelum ni.

Ok.. first and for most... Fashion yang aku buat untuk pakaian batik. And i know nothing about batik. Tapi dalam tempoh yang diberi kenalah belajar and study pasal batik. And at last tahu lah jugak pasal batik walaupun masih banyak lagi yang tak tahu sebenarnya. Sepanjang kerja untuk Melaka Batik House ada beberapa koleksi yang aku buat.

Kat bawah ni first koleksi aku lah kire ni.. huhuhu















NEW ERA


Lama tak update nih. Lepas berhenti kerja dekat Zieza Fashion Sdn.Bhd i balik Melaka. Nak start menjahit sendiri lah. Seronok jugak dapat kerja dekat rumah je. Takyah bangun awal-awal pastu kene bersiap pergi kerja. Kat rumah ni i ada bilik khas untuk i jahit yang lengkap lah semua. My work place @ tempat tido gak. Haha.

Then one day I pergi KL nak tolong kawan i yang still belajar dekat TAR Kolej untuk tolong dia siapkan baju untuk diorang punya Fashion Show. So pergi lah kolej. Then jumpa lah lecturer2 tercinta. Hehe. I tak tau macam mana ok lah dengan lecturer lelaki sorang ni name dia Mr. Jamal. Dia tanye i nak kerja tak. Kerja sebagai Uniform designer. Emmm... I tak berapa minat design uniform nih. Ada lagi satu dia bagi tau Noor Arfa Batik. I pon teragak-agak arr nak bagi jawapan. Then i told what he said to my mom. Mak i pon dengan xcited cakap elok jugak kalau dapat Arfa Batik tu. First step for me lah kan nak dapat pengalaman. I pon tanpa melengahkan masa lagi menelefon Mr. Jamal.

The next day dia suruh emailkan resume kat sorang kawan dia ni dekat HQ Arfa Batik kat KL. Lame gak lah i tunggu dekat 2 minggu lebih jugak akhirnya........

Pada 4 / 5 / 2010 i dapat satu panggilan tepon suruh i datang interview. Pergh punyalah Happy. Tapi still controll lagi lah sebab baru interview. Nanti kalau tak dapat kecewa.So just go with the flow. Gementar jugaklah nak pergi interview. haha.

During interview:

Diorang tanya tentang kerja i yang lepas. Pastu ape i buat sekarang. Diorang suruh likis ni... lukis tu... tapi kantoi bila disuruh lukis bunga... haha.. i ni selalu lukis baju... mane lah lukis bunga-bunga nih... Tapi salah i gak dah tau nak apply untuk kerja kat batik house tak reti-reti nak praktis lukis bunga. Apalah aku nih. So aku ingat takdak harapan lah walau pun dalam hati nih masih mengharap.

Selang 2 hari iaitu pada 6/5/2010 dapat panggilan tepon yang suruh melapor diri pada hari isnin nya. Punya lah Happy walau pun bercampur aduk dengan rasa gementar untuk bekerja. Takut gak nih. I think i can say I'm gonna work at MELAKA BATIK HOUSE.

Ya ALLAH perkuatkanlah aku ini untuk menempuh segala dugaan yang akan aku hadapi sewaktu aku akan bekerja disana... Amin

ZOO NEGARA


Hari tu i nak masukkan kan gambar tak berkesempatan. Terlmapau busy. Ni pon sedikit sahaja gambar. Tapi memang best lah.


















My Design


Haritu kawan2 i cakap ruginya i buat and design baju tapi tak ambil gambar. Rugi sangat-sangat. So nanti i nak upload design2 yang yang i dah buat baju nya.. Tapi ni yang baru arr.. Yang lama orang dah ambil so tak dak arr dapat nak ambik gambar lagi.. Tunggu arr.. nanti i upload.. cuma sekarang ni tengah busy.. lagi pon baru balik ke melaka so dummy pon still kat kl tak bawa balik. Nanti dah ada semua i ambik gambar then upload.

Nak tunggu satu lagi event nih... Fashion show kawan i. I tolong dia jahitkan ketiga-tiga baju daripada design dia. So nanti i upload jugak.. Ish banyak nak upload ni.. Tapi i saja ja tulis dulu supaya i takut lupa nanti. Nantikan lah ye..

ORKESTRA KEBUDAYAAN





Macam yang dah cakap dalam post sebelum ni, i tengah busy dengan praktis untuk persembahan orkestra kebudayaan pada 2/4/2010 di Taman Budaya Ayer Keroh Melaka. Siapa yang nak datang tu boleh lah tengok ye.
(rehersal orkestra tahun 2007)




I ni bukan nye apa, cuma teringat pada suatu ketika dulu di tahun 2007. Persembahan orkestra pertama yang dilakukan. Seronok sangat sampai tak sabar-sabar nak tunggu show yang seterusnya. Lama jugak lah tunggu. Tahun ni baru ada semula.




(persembahan pada tahun 2007)


Tapi tahun ni ramai bebudak baru arr.. Yang lama tu dah ramai yang busy. So cuma beberapa orang sahaja yang dulunya pernah join, ikut turut semula untuk show ni.



Untuk mereka yang tak tau, i ni main violin. I start dari tingkatan 1 lagi. Bila i naik tingkatan 4 i tukar sekolah kat Teknik Muar, Johor, i dah tak join ISMMA ni lagi. Tapi i still continue kat sana main violin. Then lepas Habis form 5, i kerja part time kat ISMMA as a violin trainer lah. tapi cuma 3 bulan je. Tapi seronok gak. Walaupun 3 bulan, i dapat perform kat banyak tempat. Dapat gak pi Indonesia. Pastu i sambung belajar kat Kolej Tunku Abdul Rahman (TARC) i join orkestra diorang lak. Dah habis study ni, join semula ISMMA.




Tak sabar ni nak perform. Lagu kebanyakkan sama tapi arrangement kali ni best arr.. sebab more energy. Selalunya more to traditional style tapi kali ni ada mix contemp dengan tradisi. Seronok arr nak main. Yang dengar pon akan suka.
Performance kali ni diorang tambah alatan woodwind. Supaya lebih kick lagi. Apa yang i boleh cakap almost 90% yang perform ni adalah remaja. Dari 12 tahun hingga 25 tahun. Tapi adalah gandingan orang lama dan orang baru. Bak kata pepatah, TAKDA YANG LAMA TAKDA YANG BARU.
So kalau adalah sesiapa yang rasa nak tengok show ni boleh lah email kat i. Nanti i arrange kan tiket atau jemputannya.

BUSY MONTH


Waktu tengah takda kerja nak buat, gatal nak cari kerja. Sekarang ni padan muka aku dah bertimbun-timbun kerja.

Firstly: Latihan dekat Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA) untuk persembahan orkestra kebudayaan di Taman Budaya Ayer Keroh Melaka. Anyway seronok sangat dapat join semula setelah 4 tahun dok kat kl. (lebih kurang arr). Aku akan cerita lagi di lain post tentang ni.

Secondly: Turun naik KL nak tolong kawan untuk readykan baju untuk dia punya final year projek. Macam aku dulu kene buat fashion show. So banyak masa digunakan untuk turun naik KL. Penat gak arr tapi seronok.

3rdly: Nak kene jahit baju yang dah ditempah orang.. Haha punya lah bertindih. Semua kene beri sepenuh perhatian..

Nak buat mcm mana sendiri nak.. hehe

ZOO NEGARA



Harini aku cuti. So mak aku ngan kaklong aku pi ar jejalan kat zoo negara. Ramai giler orang tadi sampai parkir pun full. Pergi sana dapat lah tengok binatang-binatang yang ada walaupun binatang tu dari dulu sampai skarang memang tak pernah berubah-ubah. Nama pun Zoo so of kos tengok binatang.

Nanti aku upload pic kat sana. Tapi cuma gambar mak aku ngan kaklong aku je yang ada. Haha aku cuma kamera man je. Maklumlah pemalulah katakan.

Tapi best lah pi sana sebab lama dah tak jejalan semenjak bekerja nih.